Thursday, May 7, 2015

Misi Pencarian Hartanah April - Finale

Dipendekkan cerita, hari ni aku dapat call daripada pihak bank yang mengatakan pinjaman aku dah lulus. Memang happy sangat2 lah hari ni. Inilah antara berita yang paling dinantikan oleh semua pembeli hartanah. Lega juga bila dapat tahu pinjaman dah lulus.

Masa proses membeli hari tu, aku telah buat benda yang memang tak sepatutnya aku buat. Aku sign SPA SEBELUM dapat loan. Pembaca semua jangan ikut cara ni sebab ianya sangat berisiko. Kadang-kadang on paper/ or diceritakan dalam seminar, kita boleh cakap tak boleh buat ini, tak boleh buat itu. Tapi in realiti keadaan menjadi sebaliknya mengikut situasi semasa. Disebabkan persaingan yang sangat hebat untuk membeli unit ni, aku sangup menanggung risiko.

Tapi sebenarnya dengan ILMU yang kita ada, dah tahu boleh lepas atau tak pinjaman kita nanti. Sebab tu aku yakin boleh dapat loan walaupun komitmen masa ni dah mmg tahap paras hidung.

Aku memang tak pernah ada loan dengan bank *B* ni. Macam biasalah kena buka akaun simpanan/credit card etc. Ikutkan jelah labu. Panel bank pun cuma dua je dan bank *M* yang satu lagi tu memang aku tahu sangatlah sombong dan takkan bagi aku loan. Aku mmg tak apply loan pun dengan bank ni. Komen sebelum ni (masa beli rumah Elmina) yang mengatakan aku tak lepas loan disebabkan aku *high risk* customer with high komitment memanglah menyakitkan hati. 

Tak silap aku, Abg Ensem dulu keje bank ni. Bank ni kategorikan customer dia mengikut vulnerable/ non vulnerable customer itu sendiri. Kiranya macam ratinglah. DSR % pula ada 2, kalau vulnerable 60% dan kalau non-vulnerable 80%. Kalau nak 80% tu kena meet the kriteria a) mesti dah ada loan 3 tahun and a good paymaster dan satu lagi b) mesti dah kerja 3 tahun kat company sekarang. Nilah info yang banker bagitau sebelum ini.