Saturday, June 6, 2015

Exit Strategy - Tersangkut dan Mencari Jalan Keluar

Dah lama rasanya tidak menulis sesuatu yang agak berat.

Bila semuanya tidak menjadi dan pelaburan yang kita rancangkan tidak memberi habuan seperti yang diharapkan, pastinya kita perlukan jalan keluar.

Keadaan ini berlaku apabila rumah yang kita beli itu tak dapat kita jual atau kalau disewakan pun bukan sahaja tak boleh nak cover installment, malah nak cari penyewa pun susah.

Pertama kali berlaku pada aku untuk tahun 2015 ini. Paper Gain dan Capital Appreciation tampak hebat, tapi apalah gunanya indicator tu kalau tiada buyer yang betul-betul berminat nak beli rumah kita dengan harga yang kita nak. Pasaran subsale untuk rumah superlink memang sangat lembab pada tahun ini. Justeru perancangan yang teliti dan strategi yang betul amat penting.

Kalau boleh memang tak nak keluarkan/ guna duit simpanan ataupun downgrade-kan sedikit lifestyle semasa. Macam mana ye?

a) Memang dah terfikir lama nak buat pengeluaran akaun 2 KWSP bagi mengurangkan baki pinjaman secara bulanan. Dah kira-kira jumlah dalam akaun 2 dapat cover installment selama 15 bulan.

- kalau jual tahun depan, kiranya rumah tu dah lebih 3 tahun. Dapatlah juga kurangkan Cukai RPGT daripada 30% kepada 20%.

b) Paper Gain - sebab rumah ini adalah rumah fasa pertama, secara logiknya market valuenya (MV) boleh mencapai MV fasa terbaru. Mungkin rendah sedikit tapi tak akan lari jauh sebab keluasan tanah, build-up dan materialnya yang hampir sama.

- Dah kira-kira, kalau refinance rumah tu boleh dapat > 150k. Tapi dengan kadar refinance yang ketat sekarang, memang kena fikir betul-betul ni. Dan kena juga tengok pakej yang zero transfer cost.

c) Homestay - salah satu option untuk mengurangkan bayaran bulanan tetapi kena plan betul-betul sebab kos minima yang perlu dikeluarkan untuk fully furnishkan rumah tu pun menjangkau 30-40k.