Thursday, September 24, 2015

Jemputan Menjadi Speaker Seminar Hartanah

Baru-baru ini saya dijemput untuk menyertai seminar hartanah anjuran Syarikat XXX. Ini bukanlah kali pertama saya menerima jemputan sebegini. InsyaAllah saya tak tipu benda ini dan yang menjemput itu juga memanglah bukanlah calang2 orangnya. Sebut nama mmg semua orang akan kenal.

Bagaimanapun, saya tolak dengan baik undangan itu disebabkan faktor-faktor persekitaran pada masa ini. Sebab utamanya adalah saya takut ia mengundang conflict interest dengan pekerjaan hakiki saya sekarang. Saya sayang sangat kerja sekarang, pengalaman bekerja yang saya tak akan dapat daripada syarikat lain walaupun saya pernah bekerja di dua syarikat gergasi di Malaysia. Tak mungkin saya akan resign kecuali company itu memang dah tak memerlukan khidmat saya suatu hari nanti.

Faktor-faktor lain mungkin juga disebabkan orang-orang di persekitaran saya yang tidak seiring dengan apa yang kita biasa dengar melalui seminar pelaburan hartanah itu sendiri. Mereka bekerja dan mempunyai lifestyle yang sesuai dengan income mereka. Sebab itulah saya hanya senyum kambing sedikit bila kita biasa dimomokkan dengan cerita jangan beli kereta mahal-mahal, Kiranya macam sumpahan dan seeloknya belilah rumah... juga dengan cerita delay gratification tanpa contoh yang betul-betul real dan juga disokong dengan credibility orang yang mengeluarkan fakta itu sendiri.

Saya memandang positif pendapat semua orang, tiada yang salah dengan semua idea-idea mereka.

Pendapat saya - paling utama adalah fahami kedudukan kewangan anda sendiri. Setiap bulan ia menunjukkan untung rugi dan perbelanjaan pendapatan kita. Jangan terlalu taksub membeli hartanah sehingga meletakkan diri anda lebih rendah daripada level yang sepatutnya.

Contohnya - kalau berpendapatan isi rumah net 10k, average populasi biasanya ada rumah teres dan kereta berharga 150k. Pelabur hartanah yang pada masa yang sama bekerja, sepatutnya lebih berjaya mungkin dengan kereta BMW ataupun memiliki rumah teres lot tepi/ kondo mewah ataupun semiD/Bungalow.


Tuesday, September 22, 2015

Membeli Lagi - Insaf Kejap

Dalam dok kata tak nak membeli, melihat keadaan ekonomi yang kian merundum. Aku TERbook satu lagi rumah kedai di kawasan rumah kos rendah.

Kiranya ini rumah kedai yang ketiga. Rumah kedai murah-murah sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan. Tak mampu lagi nak beli rumah kedai dengan harga yang mencecah juta-juta. Doakanlah.. mungkin suatu hari nanti bila dapat ilham macam mana caranya nak beli kedai-kedai ni.. akan ku beli jua.

Harganya memang affordable dan sekali lagi.. keadaan ekonomi yang merundum ni memang sangat membantu. Sebab rumah kedai unit tepi jalan ni tersangat "HOT" dan dah ada orang dalam yang book pun, hold sampai 8 bulan, tapi still tak lepas loan.

Mungkin dah rezeki aku. Tapi tak boleh nak suka-suki sangat dulu, sebab tak tahulah kali ini ada ke tidak bank yang sudi bagi aku loan. DSR pun dah paras lepas leher, tak tahulah alasan apa aku nak bagi kali ini. Harapnya malam ni aku boleh dapat ilham masa tidoq. Sejujurnya aku bagitau je banker, DSR aku yang dah macam kapal karam. Harapnya ada yang sudi berjodoh dengan aku.

** WISH ME LUCK **

Akhir tahun 2015 dan tahun 2016 rasanya memang menguntungkan mereka yang ada kuota DSR yang lompang lagi. Ramai yang tak lepas loan jadinya peluang kita yang sebelum ini "tertutup langsung" nampaknya terus terbuka.

Kes saya di atas adalah satu contoh yang sangat bagus.

Kalau tahun 2012-2013, jangan mimpilah anda nak dapat offer sebegini, especially bila market commersial yang dipenuhi dengan orang-orang dalam dipersekitaran developer itu sendiri.


Sunday, September 20, 2015

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi

Mungkin ramai yang dah dengar kes jualan rumah leasehold daripada bumi kepada non-bumi. Yang ada clause "tidak boleh dijual tanpa kelulusan pihak berkuasa bla bla bla".

Aku pun ada dengar tetapi dah menjadi rasmi aku sendiri selagi aku nampak dengan kepala aku sendiri atau memang member tu kawan yang sangat rapat, aku tak berani nak share kes itu kat sini. Tak bestlah jugak setakat dengar-dengar kawan atas kawan ataupun sedara mak mertua punya adik punya menantu...



Member aku ni BERJAYA jual rumah leasehold dia kepada non-bumi di SELANGOR.

Setelah menunggu dan terus menunggu sehinggalah ada satu ketika, kedua belah pihak secara voluntary memang nak cancel je deal tu. Tapi lawyer ni tak berputus asa, tak tahulah entah berapa kali kena reject agaknya.




Akhir setelah hampir 9++ bulan menunggu, permohonannya diluluskan.....


Bro... kalau ko baca blog ni.. aku ucapkan "TAHNIAH".. first timer yang jual rumah dengan untung kasar > 240k++. Jangan lupa, payungkan aku ** TONY ROMAS ** ataupun tempat yang sewaktu dengannya.




Saturday, September 5, 2015

D'Cassia D'Camellia D'Cerrum Medium Cost Apartment Setia Eco Hill

Can D Series @Setia Eco Hill emulate the success of her elder sistas Seri-Seri @Setia Alam.

What do you think? still a good buy in 2015?

Thousands of registration again?


- will be launched in Oct 2015
Project Name : D' Cassia
Size : 850sqft
Price : 242k @270psf
3 Room 2 Bath
Orientation : North/ South
No of Units : 360
2 Blocks 18th Floor @ 10 units per Floor
4th Storey Car Parks

*Balloting*

One can also wait for the next launch - D'Camellia and D'Cerrum with bigger size - 950sqft/ 260k.



Thursday, September 3, 2015

Datum Jelatek

Beberapa minggu ni dapat sms mengenai projek ni. Location yg tidak dinafikan mmg superb, sepelaung je drp LRT. Designnya yg extraganz. Cuma regenya yg tak berapa nak mesra pengguna walaupun selepas discount/ rebate. Mungkin sesuailah dgn lokasi yg dekat KLCC...

**As Salam to Our Valued Clients.

Datum Jelatek, KL
Bridging The Community.

You are cordially invited to our Exclusive Preview at:-

DatumCorp International,
Level 24, Menara WorldWide,
Jalan Bukit Bintang, KL

Saturday (Sep 5, 2015)
10:00am to 4:00pm

Special packages & promotions with low entry cost applicable
Kind regards, DatumCorp.


Wednesday, September 2, 2015

Penangan Rumah Dua Nama

1. Sejak aku dapat cheque 2 nama daripada lawyer strict masa jual rumah dan
kena pula buka joint account utk cashkannya, aku memang rasa serik sangat.

2. Ditambah pulak rekod dalam CCRIS yang menunjukkan full loan walaupun loan tu share 2 orang. Memang tak smooth sangatlah kiraan DSRnya sebab bank kena buat explaination yg loan tu kena bagi dua.

3. Ditambah pulak kes LTV 70%... rugi sangat kalau loan guna 2 nama.

--------------------------------------------------------------------------------


Cerita-cerita kat atas tu dah lapuk, berlaku kira-kira 5++ tahun lepas. Masa tu aku masih lagi bertatih mencari sesuap nasi dalam pelaburan hartanah ni.

Apa relevan-nya nak cerita benda ni lagi, orang dah tahu pun... tapi mungkin cerita di bawah ini dapat membuatkan anda merenung sejenak..


Aku sedikit terkesan sebab baru-baru ni 2 orang member baik telah bercerai/ berpisah. Aku tak perlulah ceritakan secara details mengenai penceraian mereka tapi aku lebih berminat nak tahu macam-mana diaorang settlekan pembahagian harta.


MEMBER 1 - clean kes
- malas nak bertekak tentang harta, dia pun jualkan harta-harta sepencarian dan keuntungan dibagi dua.


MEMBER 2 - complex kes
- masing-masing berebutkan rumah yang mereka sekarang sebab kenaikkan harga pasaran rumah itu yang melambung tinggi. Nak jual rumah itu pun dan beli rumah baru pun tak boleh sebab mereka ada komitmen harta bersama under-con (yang dijangka siap 2018) yang agak tinggi. Kes masih tergantung.

--------------------------------------------------------------------------------