Tuesday, September 22, 2015

Membeli Lagi - Insaf Kejap

Dalam dok kata tak nak membeli, melihat keadaan ekonomi yang kian merundum. Aku TERbook satu lagi rumah kedai di kawasan rumah kos rendah.

Kiranya ini rumah kedai yang ketiga. Rumah kedai murah-murah sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan. Tak mampu lagi nak beli rumah kedai dengan harga yang mencecah juta-juta. Doakanlah.. mungkin suatu hari nanti bila dapat ilham macam mana caranya nak beli kedai-kedai ni.. akan ku beli jua.

Harganya memang affordable dan sekali lagi.. keadaan ekonomi yang merundum ni memang sangat membantu. Sebab rumah kedai unit tepi jalan ni tersangat "HOT" dan dah ada orang dalam yang book pun, hold sampai 8 bulan, tapi still tak lepas loan.

Mungkin dah rezeki aku. Tapi tak boleh nak suka-suki sangat dulu, sebab tak tahulah kali ini ada ke tidak bank yang sudi bagi aku loan. DSR pun dah paras lepas leher, tak tahulah alasan apa aku nak bagi kali ini. Harapnya malam ni aku boleh dapat ilham masa tidoq. Sejujurnya aku bagitau je banker, DSR aku yang dah macam kapal karam. Harapnya ada yang sudi berjodoh dengan aku.

** WISH ME LUCK **

Akhir tahun 2015 dan tahun 2016 rasanya memang menguntungkan mereka yang ada kuota DSR yang lompang lagi. Ramai yang tak lepas loan jadinya peluang kita yang sebelum ini "tertutup langsung" nampaknya terus terbuka.

Kes saya di atas adalah satu contoh yang sangat bagus.

Kalau tahun 2012-2013, jangan mimpilah anda nak dapat offer sebegini, especially bila market commersial yang dipenuhi dengan orang-orang dalam dipersekitaran developer itu sendiri.