Wednesday, September 2, 2015

Penangan Rumah Dua Nama

1. Sejak aku dapat cheque 2 nama daripada lawyer strict masa jual rumah dan
kena pula buka joint account utk cashkannya, aku memang rasa serik sangat.

2. Ditambah pulak rekod dalam CCRIS yang menunjukkan full loan walaupun loan tu share 2 orang. Memang tak smooth sangatlah kiraan DSRnya sebab bank kena buat explaination yg loan tu kena bagi dua.

3. Ditambah pulak kes LTV 70%... rugi sangat kalau loan guna 2 nama.

--------------------------------------------------------------------------------


Cerita-cerita kat atas tu dah lapuk, berlaku kira-kira 5++ tahun lepas. Masa tu aku masih lagi bertatih mencari sesuap nasi dalam pelaburan hartanah ni.

Apa relevan-nya nak cerita benda ni lagi, orang dah tahu pun... tapi mungkin cerita di bawah ini dapat membuatkan anda merenung sejenak..


Aku sedikit terkesan sebab baru-baru ni 2 orang member baik telah bercerai/ berpisah. Aku tak perlulah ceritakan secara details mengenai penceraian mereka tapi aku lebih berminat nak tahu macam-mana diaorang settlekan pembahagian harta.


MEMBER 1 - clean kes
- malas nak bertekak tentang harta, dia pun jualkan harta-harta sepencarian dan keuntungan dibagi dua.


MEMBER 2 - complex kes
- masing-masing berebutkan rumah yang mereka sekarang sebab kenaikkan harga pasaran rumah itu yang melambung tinggi. Nak jual rumah itu pun dan beli rumah baru pun tak boleh sebab mereka ada komitmen harta bersama under-con (yang dijangka siap 2018) yang agak tinggi. Kes masih tergantung.

--------------------------------------------------------------------------------