Thursday, October 29, 2015

Danau Perintis, Shah Alam 2 - Semi D's In the Sky

Perbandaran Shah Alam 2 yang dibangunkan oleh Pemaju IJM Land memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalau dahulu orang akan secara sinis berkata hmm… jauhnya tempat ni ataupun yang lagi sarcastic berkata kenapalah membeli rumah dekat tempat jin bertendang tu.


Tapi kini persepsinya berubah dan bertukar 360 darjah. Ramai yang telah membeli rumah di kawasan ini setelah melihat potensinya dan juga harganya yang masih dalam lingkungan jangkauan kebanyakkan rakyat Malaysia.  

Dengan jaringan lebuh raya sedia ada iaitu LATAR dan GUTHRIE Corridor, aksesnya memang sangat mudah. Ditambah pula dengan rancangan pembinaaan lebuh raya DASH yang telah diluluskan, sudah pastinya akan merancakkan lagi pembangunan di keseluruhan kawasan Puncak Alam. Anda boleh bayangkan kenaikan hartanah di sini selepas DASH mula beroperasi nanti.  

 
 
Berkonsepkan Resort Style Living - Danau Perintis merupakan apartmen pertama yang akan dibina di Shah Alam 2. Apartment 15 tingkat ini akan dilancarkan pada bulan Januari 2015 dan dijangka siap dalam masa 3 tahun.

 
Sesuatu yang menarik mengenai Danau Perintis ini adalah rekabentuk "SEMI D" bagi semua unit-unitnya. Rekabentuk ini memang trend sekarang bagi kondominium "ada kelas" dengan semua unit-unit akan mendapat cukup pencahayaan dan udara. Takdelah nanti terasa berkepam dan gelap sahaja apartmen tu nanti.


 



Danau Perintis memang sangat affordable dengan harga 347K ni untuk keluasan 889 sqft.
Butir-butir mengenai apartmen ini adalah seperti berikut:
a)      Keluasan Tanah : 5.509 ekar. 

b)      Bilangan Unit : 1 Block (3 wings) 15 tingkat yang mempunyai 252 unit... unit-unit yang terhad dan berkepadatan rendah.

c)       Keluasan 889 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air…. sesuai untuk own stay, family and pelaburan.

d)      2 parking lot.

e)       Harga rumah bermula daripada 347k.

f)      Pelbagai kemudahan seperti Kolam Renang, Gymnasium, Bilik Membaca, Children Day Care Centre, Tadika, MultiPurpose Hal/ Badminton Court, Cafeteria, Dobi, Surau dan sebagainya.


Boleh telefon no hotline : 03-33933103 untuk maklumat lebih lanjut.

Lokasinya memang strategik sebab berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Nak shopping pun senang sebab dekat sangat dengan Tesco Puncak Alam dan Econsave. Jangan tak tahu McDonalds drive thru pun ada. Ditambah lagi dengan sekolah, medical centre, Stesyen Minyak Petronas Puncak Alam dan banyak lagi kemudahan-kemudahan untuk penduduk sekitar.


Monday, October 26, 2015

Mudahnya Mencari Penyewa!

Oleh kerana loan dah lepas, seterusnya boleh berkira-kira dan mencari penyewa. Jangan terkejut ye sebab developer mmg baik hati terus bagi kunci lepas dapat loan dan settlekan semua legal n GST fees.


Rasanya kena buat study sikit sebab kedai kanan kiri pun dah ada banner unit for RENT.


Pinjam telefon kawan dan telefon unit sebelah kanan... ROI 7 %.


Telefon unit sebelah kiri ... ROI 6%


... Aku ambik jalan selamat tengah-tengah 6.5%.


Satu pagi telefon berdering nak sewa kedai, aku bagi rate ROI 6.5% tu. Dia tak nego terus agree and nak jumpa utk sign agreement. Alhamdulillah rezeki datang dengan begitu pantas.


Dan petang tu aku jumpa ... *tahi kucing* basah kat laman. Baunya semerbak.


Aku urut dada, tarik nafas, tutup hidung buang tahi tu kat tong sampah. Kali ini aku banyak bersabar, aku tak menyumpah seranah owner kucing tu sebab tak jaga kucing mereka. Aku percaya ada orang cakap kalau kucing datang berak kat tempat kita tu... InsyaAllah dan kesabaran itu membawa rezeki..!!


Tuesday, October 20, 2015

Mencari Loan Dengan % DSR Paras Leher - Part 3

Sambungan kisah INI


Setelah puas berusaha, mencari sana sini, call banker buat rayuan dengan dokumen sokongan, akhirnya dapat juga pinjaman islamik daripada satu bank yang tak berapa gah ni, tiadalah juga ternama bank itu.


Rate yang saya dapat untuk kedai ini juga tidak menarik iaitu BFR 4.85% bagi loan berjumlah 200k. Nilah rate terbaik, nak nego pun bank tak layan sebab DSR yang dah sampai paras leher.


Alhamdulillah dengan rezekiMU.


Oleh kerana kedai mampu milik ni pun dah siap, episod seterusnya adalah mencari penyewa. Sesuatu yang saya tak berapa pandai especially nak handle penyewa-penyewa yang suka nego ni.


Thursday, October 15, 2015

Mencari Loan Dengan % DSR Paras Leher - Part 2

Sambungan kisah INI.


Bank-bank hebat, kiranya dalam TIER 1 telah reject my loan application.


Seolah-olah tiada pilihan, aku terpaksa dengan muka tak malu pergi kepada bank yang tak berapa famous. Kebetulan CIMB tak buat komersil loan, tak tahulah kenapa?? Aku contact sorang banker ni, kiranya my favouritelah dalam keadaan terdesak ni.


Dia OK je, mintak aku e-mailkan semua dokumen-dokumen berkaitan. Disebabkan status CCRIS aku yang tenat sampai ke paras leher, dia mintak supporting documents simpanan ASB yang menunjukkan aku ada at least 20% simpanan (at least sejak 6 bulan lepas) daripada harga kedai tu. Ini termasuklah page yang ada menunjukkan bonus/dividen untuk tahun 2013 dan 2014.


InsyaAllah... aku yakin loan aku akan lepas jua akhirnya..







Wednesday, October 14, 2015

D' Cassia D' Cerrum - Setia Eco Hill

Please refer my previous post HERE related to this project.

Lai lai lai... tommorow is the last day to join the crowd...



 
 

Friday, October 2, 2015

Mencari Loan Dengan % DSR Paras Leher - Part 1

Pembaca BLOG ni rasanya dah tahu aku tengah mencari loan. Refer LINK ni.


Strategi apa yang aku nak pakai agaknya?


Aku panggil strategi ni strategi main tarik tali. Kita tak boleh tunjukkan yang kita ni terdesak sangat, nanti terjerut leher sendiri.


Disebabkan harga hartanah low cost commercial ni murah, aku tahu banker tak akan berminat sangat. Berbezalah sangat kalau harganya 1 million, sudah pastinya ramai yang sanggup membantu. Kerja-kerja dan dokumennya sama tapi hasilnya ciput, lagipun loan aku mungkin tak akan lulus. Banyak juga banker yang dah meet kuota untuk tahun 2015. 


Logically siapalah yang nak tolong?


Biasanya aku 1st akan try Bank ni, yang aku panggil Bank Sombong. Sebab gaji aku semua masuk dalam ni. Walaupun aku dah tahu jawapannya, apa salahnya mencuba kan???