Thursday, October 29, 2015

Danau Perintis, Shah Alam 2 - Semi D's In the Sky

Perbandaran Shah Alam 2 yang dibangunkan oleh Pemaju IJM Land memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalau dahulu orang akan secara sinis berkata hmm… jauhnya tempat ni ataupun yang lagi sarcastic berkata kenapalah membeli rumah dekat tempat jin bertendang tu.


Tapi kini persepsinya berubah dan bertukar 360 darjah. Ramai yang telah membeli rumah di kawasan ini setelah melihat potensinya dan juga harganya yang masih dalam lingkungan jangkauan kebanyakkan rakyat Malaysia.  

Dengan jaringan lebuh raya sedia ada iaitu LATAR dan GUTHRIE Corridor, aksesnya memang sangat mudah. Ditambah pula dengan rancangan pembinaaan lebuh raya DASH yang telah diluluskan, sudah pastinya akan merancakkan lagi pembangunan di keseluruhan kawasan Puncak Alam. Anda boleh bayangkan kenaikan hartanah di sini selepas DASH mula beroperasi nanti.  

 
 
Berkonsepkan Resort Style Living - Danau Perintis merupakan apartmen pertama yang akan dibina di Shah Alam 2. Apartment 15 tingkat ini akan dilancarkan pada bulan Januari 2015 dan dijangka siap dalam masa 3 tahun.

 
Sesuatu yang menarik mengenai Danau Perintis ini adalah rekabentuk "SEMI D" bagi semua unit-unitnya. Rekabentuk ini memang trend sekarang bagi kondominium "ada kelas" dengan semua unit-unit akan mendapat cukup pencahayaan dan udara. Takdelah nanti terasa berkepam dan gelap sahaja apartmen tu nanti.


 



Danau Perintis memang sangat affordable dengan harga 347K ni untuk keluasan 889 sqft.
Butir-butir mengenai apartmen ini adalah seperti berikut:
a)      Keluasan Tanah : 5.509 ekar. 

b)      Bilangan Unit : 1 Block (3 wings) 15 tingkat yang mempunyai 252 unit... unit-unit yang terhad dan berkepadatan rendah.

c)       Keluasan 889 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air…. sesuai untuk own stay, family and pelaburan.

d)      2 parking lot.

e)       Harga rumah bermula daripada 347k.

f)      Pelbagai kemudahan seperti Kolam Renang, Gymnasium, Bilik Membaca, Children Day Care Centre, Tadika, MultiPurpose Hal/ Badminton Court, Cafeteria, Dobi, Surau dan sebagainya.


Boleh telefon no hotline : 03-33933103 untuk maklumat lebih lanjut.

Lokasinya memang strategik sebab berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Nak shopping pun senang sebab dekat sangat dengan Tesco Puncak Alam dan Econsave. Jangan tak tahu McDonalds drive thru pun ada. Ditambah lagi dengan sekolah, medical centre, Stesyen Minyak Petronas Puncak Alam dan banyak lagi kemudahan-kemudahan untuk penduduk sekitar.