Friday, October 2, 2015

Mencari Loan Dengan % DSR Paras Leher - Part 1

Pembaca BLOG ni rasanya dah tahu aku tengah mencari loan. Refer LINK ni.


Strategi apa yang aku nak pakai agaknya?


Aku panggil strategi ni strategi main tarik tali. Kita tak boleh tunjukkan yang kita ni terdesak sangat, nanti terjerut leher sendiri.


Disebabkan harga hartanah low cost commercial ni murah, aku tahu banker tak akan berminat sangat. Berbezalah sangat kalau harganya 1 million, sudah pastinya ramai yang sanggup membantu. Kerja-kerja dan dokumennya sama tapi hasilnya ciput, lagipun loan aku mungkin tak akan lulus. Banyak juga banker yang dah meet kuota untuk tahun 2015. 


Logically siapalah yang nak tolong?


Biasanya aku 1st akan try Bank ni, yang aku panggil Bank Sombong. Sebab gaji aku semua masuk dalam ni. Walaupun aku dah tahu jawapannya, apa salahnya mencuba kan???