Monday, November 16, 2015

Peluang Keemasan Membeli Rumah Di Shah Alam 2

Pada hari Ahad, 29 Nov 2015, sila kosongkan jadual anda kerana akan berlangsungnya Seminar Hartanah di Shah Alam 2. Seminar yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari ini akan mengupas segala rahsia, teknik dan tips membeli rumah daripada blogger pelaburan hartanah yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Saudari Rohaniah Noor, yang juga merupakan jurulatih dan penulis buku hartanah.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menghadirinya di Shah Alam 2. Sila rujuk flyer di bawah ini untuk maklumat yang lebih detail. 

Sunday, November 15, 2015

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi - Part 3

Sambungan Part 1 dan Part 2.

Kisah status hartanah leasehold memang agak samar-samar. Memang tiada dinyatakan bumi lot di mana-mana tapi sekatan itu sebenarnya ada, tetapi dalam bentuk yang kita tak terjangka. Saya pun terkejut bila mengikuti kes kawan saya ini. Banyak benda yang kita rasanya senang tapi sebenarnya rumit.

Jadi berhati-hatilah ye. Kalau tidak mahu ambik risiko, jual jelah kepada bumi buyer. Kes in di Selangor, negeri-negeri lain macam Kuala Lumpur, Johor, Penang saya tak pernah dengar lagi

Risiko pertama adalah prosesnya yang mengambil masa yang panjang. Harus diingat stage pertama adalah mendapatkan kelulusan Local Council. Saya kirakan bagi kes ini, lebih 9 bulan baru dapat kelulusan. Adalah juga disebabkan dokumen-dokumen yang tak lengkap oleh lawyer yang menyebabkan kes ini berjalan sangat perlahan.

Seterusnya ada clause yang agak mengejutkan yang membolehkan kebenaran oleh local council. Seller, Buyer, Agent dan Lawyer (yang biasa bukan kes macam ni) semuanya terkejut !@!!




Sunday, November 8, 2015

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi - Part 2

Ini adalah sambungan kisah INI. Biarlah aku share kisahnya di sini. Jalannya memang sukar dan sangat berliku. Aku yang mendengarnya pun pening dan give-up, apatah lagi bahu yang memikul.

Kalau kita dimomokkan dengan kisah-kisah yang mudah dengan urusan jualan sebegini, aku rasa mereka-mereka ni tipu.

Kisahnya bermula dengan pencarian lawyer yang berpengalaman. Tak semua lawyer yang nak ambik kes sebegini. Sebab kesnya pasti meleret-leret.

Mencari lawyer pun satu hal, dah call 4-5 lawyer, semuanya tak nak ambik kes ni. Sehinggalah berjumpa satu lawyer hebat ni yang biasa buat kes macam ni.

Bersambung di Part 3.