Sunday, November 15, 2015

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi - Part 3

Sambungan Part 1 dan Part 2.

Kisah status hartanah leasehold memang agak samar-samar. Memang tiada dinyatakan bumi lot di mana-mana tapi sekatan itu sebenarnya ada, tetapi dalam bentuk yang kita tak terjangka. Saya pun terkejut bila mengikuti kes kawan saya ini. Banyak benda yang kita rasanya senang tapi sebenarnya rumit.

Jadi berhati-hatilah ye. Kalau tidak mahu ambik risiko, jual jelah kepada bumi buyer. Kes in di Selangor, negeri-negeri lain macam Kuala Lumpur, Johor, Penang saya tak pernah dengar lagi

Risiko pertama adalah prosesnya yang mengambil masa yang panjang. Harus diingat stage pertama adalah mendapatkan kelulusan Local Council. Saya kirakan bagi kes ini, lebih 9 bulan baru dapat kelulusan. Adalah juga disebabkan dokumen-dokumen yang tak lengkap oleh lawyer yang menyebabkan kes ini berjalan sangat perlahan.

Seterusnya ada clause yang agak mengejutkan yang membolehkan kebenaran oleh local council. Seller, Buyer, Agent dan Lawyer (yang biasa bukan kes macam ni) semuanya terkejut !@!!