Tuesday, January 5, 2016

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi - Part 4

Sebenarnya sekarang memang tengah cari mood untuk menulis. Salah satu sebabnya adalah saya masih berhutang dengan pembaca semua untuk menghabiskan kisah INI dan INI.

Kisahnya mungkin nanti akan sampai ke Part 10 sebab kesnya masih belum settle lagi sampai sekarang.

Buat REN, Bakal Pembeli, Bakal Penjual, sila take note apa yang saya nak tulis di bawah ini. Sila nyatakan dengan jelas bagaimana nak handle benda ini dalam Letter Offer of Intent/ Purchase. Kalau tak, sesuatu yang tak terjangka mungkin berlaku dan semua pihak menunding jari mencari silap masing-masing.

Siapa yang mahu menanggung kerugian?? Siapa yang nak bayar penalti tu sebab Agen sebelum ini kata OK, Lawyer yang handle benda ni juga pun kata OK, takde masalah. Seller kata kalau dia tahu ada penalti ni, dia takkan jual kepada non-bumi pula. Buyer pula tak tau apa-apa?

Biar saya jelaskan tentang penalti ni.

"Kelulusan untuk menjual harta-tanah ini adalah tertakluk kepada pemulangan semula diskaun 7% kepada bumiputera sebelum ini"

- maksudnya 7% daripada harga masa mula-mula beli dulu harus dipulangkan semula. Kalau harga rumah itu 500k, 35k harus dibayar.

Pembaca semua - Siapa yang patut bayar??

 

Sunday, January 3, 2016

Azam 2016

Tahun ini memang agak suram, terutama segmen kondo > 600k and rumah teres > 800k. Fakta ini didorong oleh beberapa portfolio saya sekarang:

a) Saya masih mencari sebuah kondo sekitar 600k-700k di tengah-tengah Kuala Lumpur. Oleh kerana pasaran hartanah yang sangat lembab sekarang, saya sampai boleh mengambil masa , boleh tunggu dan lihat, mencari-cari sampai kondo tu hampir siap kerana nak jimatkan progressive interest.

b) Rumah saya yang last transacted pricenya 938k (resource : brickz) pada Ogos 2015 kini ada yang dijual murah dengan 870k. Memang desperate betul seller sekarang. Walaupun masih ada untung tapi 60-70k nett tapi saya mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja rumah itu. Slowly bolehlah juga mencari penyewa.

Azam saya untuk 2016 ini, memang mencari kedai dalam lingkungan mampu milik. Bila dah ada kedai murah-murah macam ni, memang seronoknya lain macam sikit. Macam-macam betul karenah orang berniaga ni. Bila dengar cerita-cerita penyewa memang kita pulak yang jadi excited sangat.

InsyaAllah nanti nak berniaga kedai runcit di kedai sendiri juga.