Sunday, January 3, 2016

Azam 2016

Tahun ini memang agak suram, terutama segmen kondo > 600k and rumah teres > 800k. Fakta ini didorong oleh beberapa portfolio saya sekarang:

a) Saya masih mencari sebuah kondo sekitar 600k-700k di tengah-tengah Kuala Lumpur. Oleh kerana pasaran hartanah yang sangat lembab sekarang, saya sampai boleh mengambil masa , boleh tunggu dan lihat, mencari-cari sampai kondo tu hampir siap kerana nak jimatkan progressive interest.

b) Rumah saya yang last transacted pricenya 938k (resource : brickz) pada Ogos 2015 kini ada yang dijual murah dengan 870k. Memang desperate betul seller sekarang. Walaupun masih ada untung tapi 60-70k nett tapi saya mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja rumah itu. Slowly bolehlah juga mencari penyewa.

Azam saya untuk 2016 ini, memang mencari kedai dalam lingkungan mampu milik. Bila dah ada kedai murah-murah macam ni, memang seronoknya lain macam sikit. Macam-macam betul karenah orang berniaga ni. Bila dengar cerita-cerita penyewa memang kita pulak yang jadi excited sangat.

InsyaAllah nanti nak berniaga kedai runcit di kedai sendiri juga.