Thursday, February 25, 2016

Elmina Valley, Suria Serenia, Karisma Eco Majestic & Lexa Residence

Lega bila mendengar berita baik daripada banker hari ni. Loan aku lulus 85% dengan rate 4.85%. Loan ini adalah unit komersil mampu milik (< 250k) yang ketiga dan yang pertama untuk tahun 2016 ini. Ini sahaja range yang aku mampu. Tak tahulah bila nak mampu membeli kedai sebenar yang berharga > 1mil tu. Mampu tengok sahaja!!

Unit ini telah siap sepenuhnya dan aku merupakan lapisan pembeli ke 4/5. Pembeli-pembeli unit yang sama sebelum ini diberitakan tak lepas loan mereka. Mungkin rezeki aku juga kot pada tahun 2016 ini, sebab aku dengar drp banker yang loan rejection memang sangat tinggi skg.

Permohonan loan kali ini sangat mudah. Lulus dalam masa 3 hari. Tu pun lewat sikit sebab banker nak make sure aku ada simpanan ASB - 20% daripada harga rumah. Nasiblah juga ada duit saki-baki terakhir untuk kegunaan semasa kecemasan nanti. Kalau tak memang ZERO baki asb aku.

Entah kenapa sekarang aku dah tak bernafsu  langsung nak membeli rumah under-con. Memang dah tertutup terus untuk tahun ini. Salah-satunya sebab market yang sangat lembab. Agaknya kalau tak beli sekarang pun, awal tahun depan sure bila progress dah dekat 100% pun tak habis lagi unit yang dijual.

Banyak projek-projek bagus seperti dalam tajuk entry ini tetapi seperti tak mampu menarik minat aku untuk membelinya.

Wednesday, February 17, 2016

Karisma Apartment @ Eco Majestic

Property Type : Medium Cost Apartment

Booking Date : Saturday 20 February 2016
Booking Fees : 5k
1st Come 1st Serve

Land Area : 10.62 acres
Tenure : Freehold

No of Blocks/Units : 2 Blocks.
Block 1 (20 Storey/ 385 Units). Block 2 (19 Storey/ 365 Units)
No of Lifts : 3
Unit Type : 800 sqft
3 Rooms 2 bath/ No balcony
Car Park : 2 car park (1 internal and 1 external).
Price Range : 260k (7% discount for bumi)

Facilities : Playground, multi-purpose court, swimming pool, children pool, public amenities area, grand guardhouse, surau and covered walkway to multi storey carpark.

SMS: RM0.00 Karisma Apt, ECO MAJESTIC open for booking (20/2) from 11am. Bring IC copy & RM5k cheque payable to Eco Majestic Sdn Bhd. 1st come 1st served. 0387232255


Wednesday, February 10, 2016

Teknik Memilih Penyewa Mengikut Instinct Sendiri - Part 1

Sebagai seorang "newbie" ataupun "beginner" ataupun "amatur" dalam bidang yang satu ini, bila nak start enjin tu sebenarnya interesting juga. Pelbagai medium pengiklanan (free lagi) untuk mencari penyewa macam i-bilik, mudah.my dan sebagainya yang memang sesuai untuk mencari penyewa rumah < 1k. Cuma kita ni je yang rajin ataupun tidak.

Bukan nak menidakkan kredibiliti agen hartanah ataupun caras-mencaras periuk nasi mereka. Kalau takde masa, tiada cukup ilmu didada ataupun malas nak melayan karenah macam-macam bakal penyewa, engage sahaja agent, senang cerita.

Lokasi rumah ni yang jauhnya 45 minit drive daripada rumah aku skg memungkinkan aku untuk engage agent je. Takkanlah disebabkan seorang potential penyewa call, kita harus drive 45 minit + tol lagi, end up penyewa itu tak jadi pulak, memanglah buang masa, tenaga dan duit sahaja.

"Apakah rasanya" pada hari ambik kunci tetiba jumpa seorang kakak dalam lift bertanyakan tentang rumah sewa. Dia nak duduk berdua dengan maknya katanya. Apa lagi aku cucuklah jarum untuk rumah aku. Aku bawak dia tengok rumah, dan nampaknya dia berminat.  Dia bayar booking (verbal sahaja) 50% daripada sewa. Balance 2 + 1 month bayar bila sign tenancy agreement nanti. Syukur sangat masa tu... Allah permudahkan rezeki aku pada hari itu.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

2-3  hari lepas tu, telefon berdering, kakak tu call tak jadi sewa. Reasonnya macam aku tak boleh terima. Dia nak cari tingkat satu sebab mak dia dah tua tak nak duduk tingi-tinggi..

Aku pening? Apa status booking yang aku dah ambik ye?

Sunday, February 7, 2016

Claim Balik MRTA yang Tertanguh 5 bulan

Dalam CHECKLIST bahagian jualan hartanah. Ada bahagian yang aku nyatakan kita boleh claim balik balance MRTA selepas kita jual rumah kita.

Pengalaman aku deal dengan syarikat insurans T* ni memang menyakitkan hati. Macam-macam dokumen yang dia nak. Mengikut pengalaman aku sebelum-sebelum ni mudah je, just bgtau akaun dah close dan syarikat insurans tu akan check sendiri dengan bank sebab dia ada online system dengan bank.

Kita sign je form dia, 2-3 minggu lepas tu dapatlah duit balance tu.

Bila aku check rupa2nya syarikat insurans ni tak link lagi dgn bank, semua kena buat manual. Dia nak satu dokumen ikut format syarikat dia untuk proceed dengan claim. Aku pergi bank, bank suruh aku check dengan lawyer. Check dengan lawyer, staff dah resign, file pulak dah closed, kena check balik ambik masa.

**Stress** Moral nya kat sini jangan tangguh2 nak claim MRTA ni. Buat cepat, duit pun dapat cepat, cepat lagi boleh beli rumah lain...

Friday, February 5, 2016

Dilema Pelabur Hartanah 2016

Bagi sesiapa yang baru dapat kunci rumah untuk projek under-con pada tahun 2016 ni mesti dalam dilema.

Pertama - nak jual, persaingannya banyak terutama apartment. RPGT pun tinggi.

Kedua - nak sewakan, kalau rumah berharga 800k ke atas, nak sewakan tu kena tengok betul2 penyewa. Rumah cantik, sayang kalau penyewa buat onar kat rumah tu.

Kalau rumah yang medium cost pulak, dilema nak buat fully furnish (modal besar) ke bare unit? letak aircon ke tak? kitchen kabinet?

Nak sewakan tu per head or satu rumah?

Nak pilih penyewa, macam mana pulak?

Hmm banyaknya soalan... ni-lah dilema aku sekarang. Memang newbie/ beginner sangat nak jadi landlord. Kita terjah je, bukan kah nanti pengalaman tu semua akan mematangkan kita.

Ketiga - nak buat homestay? tapi ada masa ke??