Thursday, February 25, 2016

Elmina Valley, Suria Serenia, Karisma Eco Majestic & Lexa Residence

Lega bila mendengar berita baik daripada banker hari ni. Loan aku lulus 85% dengan rate 4.85%. Loan ini adalah unit komersil mampu milik (< 250k) yang ketiga dan yang pertama untuk tahun 2016 ini. Ini sahaja range yang aku mampu. Tak tahulah bila nak mampu membeli kedai sebenar yang berharga > 1mil tu. Mampu tengok sahaja!!

Unit ini telah siap sepenuhnya dan aku merupakan lapisan pembeli ke 4/5. Pembeli-pembeli unit yang sama sebelum ini diberitakan tak lepas loan mereka. Mungkin rezeki aku juga kot pada tahun 2016 ini, sebab aku dengar drp banker yang loan rejection memang sangat tinggi skg.

Permohonan loan kali ini sangat mudah. Lulus dalam masa 3 hari. Tu pun lewat sikit sebab banker nak make sure aku ada simpanan ASB - 20% daripada harga rumah. Nasiblah juga ada duit saki-baki terakhir untuk kegunaan semasa kecemasan nanti. Kalau tak memang ZERO baki asb aku.

Entah kenapa sekarang aku dah tak bernafsu  langsung nak membeli rumah under-con. Memang dah tertutup terus untuk tahun ini. Salah-satunya sebab market yang sangat lembab. Agaknya kalau tak beli sekarang pun, awal tahun depan sure bila progress dah dekat 100% pun tak habis lagi unit yang dijual.

Banyak projek-projek bagus seperti dalam tajuk entry ini tetapi seperti tak mampu menarik minat aku untuk membelinya.