Wednesday, February 10, 2016

Teknik Memilih Penyewa Mengikut Instinct Sendiri - Part 1

Sebagai seorang "newbie" ataupun "beginner" ataupun "amatur" dalam bidang yang satu ini, bila nak start enjin tu sebenarnya interesting juga. Pelbagai medium pengiklanan (free lagi) untuk mencari penyewa macam i-bilik, mudah.my dan sebagainya yang memang sesuai untuk mencari penyewa rumah < 1k. Cuma kita ni je yang rajin ataupun tidak.

Bukan nak menidakkan kredibiliti agen hartanah ataupun caras-mencaras periuk nasi mereka. Kalau takde masa, tiada cukup ilmu didada ataupun malas nak melayan karenah macam-macam bakal penyewa, engage sahaja agent, senang cerita.

Lokasi rumah ni yang jauhnya 45 minit drive daripada rumah aku skg memungkinkan aku untuk engage agent je. Takkanlah disebabkan seorang potential penyewa call, kita harus drive 45 minit + tol lagi, end up penyewa itu tak jadi pulak, memanglah buang masa, tenaga dan duit sahaja.

"Apakah rasanya" pada hari ambik kunci tetiba jumpa seorang kakak dalam lift bertanyakan tentang rumah sewa. Dia nak duduk berdua dengan maknya katanya. Apa lagi aku cucuklah jarum untuk rumah aku. Aku bawak dia tengok rumah, dan nampaknya dia berminat.  Dia bayar booking (verbal sahaja) 50% daripada sewa. Balance 2 + 1 month bayar bila sign tenancy agreement nanti. Syukur sangat masa tu... Allah permudahkan rezeki aku pada hari itu.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

2-3  hari lepas tu, telefon berdering, kakak tu call tak jadi sewa. Reasonnya macam aku tak boleh terima. Dia nak cari tingkat satu sebab mak dia dah tua tak nak duduk tingi-tinggi..

Aku pening? Apa status booking yang aku dah ambik ye?