Thursday, March 31, 2016

Faktor Lulus Pinjaman Bank

Sebelum ini aku ada menulis mengenai loan yang baru lulus bulan lepas kat SINI. Seperti biasa, aku yang memang dilahirkan untuk banyak bertanya (ramai banker tak suka!) bertanyalah macam-macam soalan. Selalunya soalan aku berkisar tentang guideline (DSR vs Gaji) untuk kelulusan loan tu. Kalau memang jenis malas nak tanya tak dapatlah den nak tolong.

Sebelum ini aku ada share guideline untuk satu bank ni di SINI.

Pengiraan bank ini agak pelik, kira macam aku tak pernah dengarlah dan pening juga nak memahaminya.

Dia kategorikan bakal peminjam sebagai VULNERABLE (V) dan NON-VULNERABLE (NV). Seorang Bakal Peminjam (BP) ini boleh jatuh dalam kategori V & NV mengikut kriteria berikut:

a) Berapa tahun kita bekerja dan company tempat kita kerja. Dlm kebanyakkan kes kalau dah kerja lebih 3 tahun dekat company skg dan boleh masuk kategory NV. 

b) CCRIS - Report Card bakal peminjam. Memang tak dapat lari daripada ni.

c) Savings - walaupun ini tak mandatory tapi kalau ada savings 20% of the loan memang banyak membantu.

Bila dah tahu kita ni kategori V atau NV. Terus boleh kita kira %DSR.

1. Kalau BP dalam kategori V dan DSR masih < 60%. Branch boleh bagi approval serta merta. Tak payah pergi HQ.

2. Kalau BP dalam kategori NV dan DSR masih < 80%. Branch boleh bagi approval serta merta. Tak payah pergi HQ.

3. Dalam NV ni ada Gred. Kalau kita Gred A atau B DSR boleh pergi sehingga 90% and branch pun boleh approve terus.

Kiraan dia atas adalah berdasarkan clean case dan kalau kita dalam kategori tu memang 100% loan kita boleh lulus.

Kalau ada exceptional case (selain drp yg di atas), ia adalah menikut budi bicara HQ.