Sunday, March 20, 2016

Jual Rumah Leasehold Daripada Bumi Kepada Non Bumi - Part 5

Kisah ini adalah sambungan kisah sebelum in di SINI.

Sorrylah kalau ada yang dah naik muak dengan cerita ni yang macam tiada kesudahannya. Nak buat macamana, kisahnya pun masih in process macam cerita soap opera Mexico yang punyai beribu-ribu episod.

Ada beberapa soalan pembaca yang rasanya perlu saya jawab di sini.

Soalan 1

7% penalti tu nak bayar kepada siapa?

Jawapan - Lembaga Perumahan Selangor.


Soalan 2

Siapa yang sepatutnya bayar 7% tu? Banyak komen yang saya terima katanya seller yang patut bayar.

Jawapan - Setelah perbincangan hati ke hati, kedua-dua pihak agree untuk menaikkan harga SPA so that boleh cover bayaran 7%. Adil rasanya sebab semua pihak tak nak bayar penalti ni.