Monday, March 28, 2016

Kerana MRTA Rugi 3k++

Bagi yang ambik MRTA untuk cover loan tu, bacalah betul-betul condition dia, amati dan fahamkan. Jangan jadi macam patik yang hena ini, lebih sibukkan benda-benda penting lain sampai terlepas pandang benda-benda simple macam ni. Akhirnya rugi sampai terjelepuk jatuh menyembah ke bumi sebanyak RM3k++. 

Tolonglah ye, jangan pulak bagi komen cliché - “untuk bayar zakat tuan”

Mula-mula sekali, saya nak mintak maaflah dekat banker yang sorang ni sebab aku dah “b*-Sh*t” kan dia. Termasuk maki-daki dalam Bahasa Inggeris, mengamuk dalam Bahasa Inggeris ni sebenarnya  bunyinya takdelah teruk sangat sebab sometimes aku pun tak faham apa yang aku dan dia cakapkan.

Dalam kes aku   ini ada clausa “MRTA akan void kalau takde disbursement dalam masa dua tahun, dalam situasi ini aku kena apply MRTA baru.

Bagi yang ambik loan undercon 70% (30% cash) terutamanya kondo, memang biasalah yang the first 2 years progress rumah kita tak akan lebih 30%. Lagipun rumah aku tu tingkat ke 30. Memang tak akanlah progress boleh sampai ke tingkat 30 ni.

Soalan – “Tuan takkanlah 2 tahun beza, premium naik sampai 3k++”. A confession here to everyone, tahun ni umur dah naik 40 tahun dan pengiraan premium MRTA pun memang byk berbeza.

Saya juga minta negotiate dengan banker untuk memendekkan tempoh MRTA, tapi ada clause lain pulak dalam offer tu yang menyatakan kena cover full tenure.

Mai oh Mai.. tersepit.. mana nak cekau 3k++ ni.. nak tido dulu cari idea.