Wednesday, March 30, 2016

Kisah Harta Dua Nama

Sebelum ini aku ada tulis mengenai kisah harta dua nama di SINI. Kisah member 2 yang masih tergantung sampai sekarang.

Tetapi masalah yang dihadapi oleh member 2 aku ni 100 kali ganda lagi susah dan kompleks. Aku sendiri pun tak dapat nak jawab. Kalau ada yang nampak jalan keluar, bagitau kawe ye.

Beliau membeli rumah kedai berharga > MYR1.5 mil atas nama suami isteri. Jodoh mereka tak panjang dan mereka telah bercerai. Rumah kedai ini masih dalam pembinaan, nampak macam 3++ tahun lagi nak siap.

Masalahnya bermula apabila kedua-duanya stucked dengan investment kedai ni.

- Nak ambik loan beli rumah lain tak lepas disebabkan komitmen yang tinggi esp kedai ni.
- Nak jual kedai pulak, masih under-con.

Sang suami sanggup convert loan dua nama kepada satu nama dia seorang tapi processnya kompleks.

Hmm aku dah nasihat dulu jangan sesekali buat spa atau loan dua nama tapi tak nak ikut. Buat loan nama dia seorang pun dia mampu.