Saturday, April 23, 2016

Pengalaman Baru Sebagai Tuan Rumah Sewa

Pembaca blog ini tahu rasanya yang segmen rumah sewa ini bukanlah bidang hartanah yang aku gemari. Nak bagi sublet pun tak berapa nak ideal sebab keadaan cash flow yang cukup-cukup makan. Agak letih juga sebenarnya kalau kita ada kerja hakiki yang membebankan, yelah nak fikir masalah di tempat kerja lagi, masalah keluarga dan sekarang ditambah pula dengan masalah rumah sewa.


Sehingga hari ini, aku ada X unit rumah sewa dan Y unit kedai low cost. Aku pun tak sedar macam mana aku boleh terjebak dalam situasi sebegini tapi mungkin antaranya adalah disebabkan ekonomi yang kurang memberangsangkan, dan rumah yang dibeli pun kalau dijual balik memang tak dapat fetch harga yang kita inginkan. End up exit strateginya memang kena sewakanlah sehingga satu masa kita dapat target price yg kita nak.

Nak jadi Tuan Rumah takdelah susah sangat. Tapi mengikut pengalaman aku yang masih hijau ini, kita memang kena cari ilmu, buat kira-kira ROI etc tapi yang lebih utamanya adalah seperti di bawah. Anda boleh terpengaruh juga dengan seseorang atau idola anda, tapi dengan fikiran yang waras, kenalah buatlah analisis sendiri juga.

1. MINAT

2. ANDA SENDIRI TU ORANG YANG MACAM  MANA.      

No 1 tu mudah, sama ada benda itu dah ada dalam diri sendiri disebabkan keadaan persekitaran dan ada ahli keluarga yang memang dah lama berkecimpung dalam bidang hartanah ini. Minat juga boleh dipupuk tapi anda memerlukan motivasi berterusan dan keberanian untuk terus kekal berjaya dalam bidang ini. Ia berkait rapat juga dengan objektif pelaburan hartanah anda itu sendiri.

Faktor yang kedua tu memang membuatkan ramai yang tak faham. Kita tak boleh buat andaian pukul rata yang semua orang itu pandai .... atau ada banyak rumah sewa tu kaya .... dan seterusnya anda boleh buat seminar atau .... kebebasan kewangan itu adalah apabila kita dah boleh berhenti kerja dan buat full time pelaburan hartanah ni. Kalau dibuat perumpamaan tu... dalam kelas tu mesti ada yang pantas, sederhana dan juga lembab.

Tak semua orang itu pandai bercakap. Aku sendiri memang jenis yang susah bukak mulut kecuali pada benda-benda yang penting atau pada sesuatu yang aku rasa berbaloi pada benda-benda yang nak aku cakapkan. Sebab tu aku memang kagum dengan sesiapa yang boleh bercakap non-stop selama beberapa jam.

Kalau anda jenis orang macam ni contohnya pendiam dan tak suka manage/deal dgn orang tu macam mana ye? Alhamdulillah, so far penyewa aku OK kecuali 1 unit rumah sewa dan 1 unit rumah kedai. Kedai ni memang aku tak boleh tolong sebab tak semua business itu menguntungkan, kita doakan jelah perniagaan dia suksess dan dia bisa membayar sewanya setiap bulan. Satu lagi penyewa yg bermuka2 mcm kaya tapi byr sewa asyik dok bertangguh.

Macam mana pula nak handle penyewa yang suka melengah-lengahkan bayaran, menggunakan kata-kata berlandaskan agama? ada penyewa call kata lampu rosak? kereta terlanggar tiang rumah? paip Air bocor? dan bermacam-macam lagi. Lemas tak? nak terima call-call yang macam ni? Apa reaksi anda?

Yang penting kita kena buang sifat negatif kita, kalau awal awal lagi dah berfikir secara negative, kita tak akan ke mana. Jangan lari daripada masalah. Memang orang kata, benda-benda ini remeh tapi inilah yang akan anda hadapi. Kita tak boleh lari sebenarnya.

Dalam kes aku, semua hartanah sewa aku adalah under-con, walaupun semua hartanah-hartanah ini jauh daripada rumah, buat masa ini aku masih boleh gunakan warranty rumah itu untuk call maintenance settlekan apa yang patut. Tapi kalau memang disebabkan oleh penyewa tu sendiri, bagilah duit kat orang Indon tu untuk buat kerja-kerja pembaikan.

Dalam masa yang singkat ini aku belajar benda-benda baru kat bawah ni yang aku rasa penting untuk kita sebagai Tuan Rumah atau bakal-bakal Tuan Rumah:

a)      Kadar Sewa

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kadar sewa memang sangat competitive. Surveylah kadar sewa rumah-rumah bersebelahan atau apt berdekatan dan buatkan perbandingan. Tapi dalam keadaan cuaca yang panas menggila ni banyak call yang aku dapat tanya “ADA AIRCON TAK?” Dah macam soalan cliché pulak.

b)      Pemilihan Bakal Penyewa

Kalau boleh kita nak tahu juga keadaan kewangan bakal penyewa sebab dia yang akan bayar sewa tiap-tiap bulan nanti. Kalau tanya slip gaji, overlah pulak. Cukuplah sekadar tanya kerja mana dan status penyewa itu sendiri. Macam baru kahwin ke, anak berapa, bujang duduk brp org?

c)       Medium Pengiklanan

Ikut keselesaan sendiri sama ada nak engage REN atau tak. Kalau boleh handle sendiri, buatlah sendiri. Tenancy Agreement pun banyak kat internet, google je.

d)      Rumah Anda berbeza dengan orang lain?

Faktor ni aku setuju sangat. Ikut budget sendiri, contohnya Kitchen Kabinet dan Wardrobe, tak semestinya yang mahal itu bagus. Kalau rumah kita hebat dan berbeza daripada rumah sekeliling, mudahlah kita dapat penyewa nanti.

e)      Tanggungjawab sebagai Tuan Rumah

Aku dah tulis kat atas – adakah anda sanggup menerima panggilan remeh temeh daripada penyewa? Atau pun anda sanggup buat panggilan/sms kepada penyewa mintak sewa sebab penyewa culas? Nak buat repair macam mana? Ini pengalaman baru untuk aku sebenarnya. Letih memang letih, tapi kalau dah minat, kita akan happy juga buat kerja yang kita minat ni.


Monday, April 18, 2016

Banner Kena Buang

Semalam merupakan rumah kedua aku yang banner "For Rent" nya dah kena cabut. Memang tak berhati perut betul orang yang gunting banner aku tu. Dengki sokmo. Patutlah dah 2 minggu kebelakangan ini, aku dah tak dengar orang telefon nak mintak sewa.



Kalau dulu aku dan 2 orang kawan membeli 3 unit rumah yang berbeza (projek yang sama), letak 3 banner, esoknya tengok dah hilang. Melayang kos buat banner RM30 x 3. Memang geram betul.



Aku tanya JAGA, tido ke? Aku rasa dia pun bersubahat  !#!@*&



Silap aku juga, dulu dah tahu kena macam tu, janganlah tampal banner kat gate, memang kena tampal/ ikat ketat-ketat kat tingkat atas belakang cermin depan rumah. Yang ni sure pendengki2 ni tak boleh nak gunting sebab berkunci dari dalam.



Aku bukannya nak caras atau potong rezeki sesiapa, sebab masing-masing cari makan...

Tuesday, April 5, 2016

Kisah Kucing Berak Di Laman

Apa perasaan anda bila balik kerja penat2, tiba-tiba sampai rumah ada bauan semerbak yang tak berapa nak harum? Bila diperhati betul-betul rupa-rupanya ada najis kucing. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tu dan yang teruknya dalam masa seminggu, 2-3 kali aku kena bersihkan laman aku tu tadi.

Yelah sapa yang tahan bau busuk ni. Mood pun boleh down tau, bila bau najis kucing ni.

Dalam hati memang menyumpah 100 kali tuannya yang tak pandai nak jaga kucing. Bela pandai tapi lepas sana sini berak pergi rumah orang.

Yang peliknya kenapa kucing2 ni suka sangat datang rumah aku? Aku tak bagi makan pun. Ada sampai satu masa tu, aku dah nak beli ubat sakit jantung kucing, yang bila dia makan terus rebah, sakit dan mati bergelimpangan. Biar padan muka! Tapi aku masih normal. Takdelah zalim sangat nak buat kerja terkutuk macam ni.

Nak cakap dengan tuannya, dia pulak jenis yang suka cari gaduh. Malas aku nak layan. Ada sekali tu ada salah sorang jiran tanya ada jumpa kucing dia tak, siap buat poster kucing hilang. Dalam hati aku kata padan muka... biar mamp* kucing ko tu kena langgar lori.





Satu hari aku bermuhasabah sikit....



Buat sikit bacaan.... bukan nak percaya sangat tapi kucing ni pun hidupan jugak, nak makan, nak minum, nak tido dsb.





Ada satu artikel tu tulis, kucing ni InsyaAllah datang membawa rezeki kepada kita. Bagilah dia makan, sayangilah dia, nanti dia dah tak berak dah. Sebab aku terfikir kenapa banyak2 rumah-rumah sekeliling, kucing tu nak datang melepaskan hajat kat rumah aku? Secara logiknya mungkin cuma rumah aku sahaja yang pasang rumput sintetik/palsu. Orang lain tanam rumput original @ rumput Jepun atau Philippines. Mungkin ada hikmahnya.




Satu hari setelah aku penat2 drive from KL balik kerja, klimaksnya aku nampak 3 ketul besar najis berlainan warna, kering dan basah kat laman aku. Redha jelah. Mungkin tiga ekor kucing tu berpesta tahun baru kat laman aku tu. Dengan penuh redha, aku cuci je najis tu, tak perlu nak marah-marah. Tak guna pun. Benda dah lepas.



Mungkin dah rezeki aku hari tu...



MALAM tu aku dapat 2 call daripada bakal penyewa, sorang nak sewa rumah dan sorang lagi nak sewa kedai. Alhamdulillah 2 rezeki dalam satu masa...



Monday, April 4, 2016

Ceramah Hartanah di Galeri Jualan Shah Alam 2 Pada Mei 2016

Pelajari rahsia, teknik dan tips membeli rumah:

- Strategi ASB mengurangkan kos profit bank pada pembiayaan perumahan.
- Pemilikan rumah di usia muda.
- Kenali keistimewaan Bandar Puncak Alam.
- Jangan beli rumah sekarang, yek ke?
- Apa kelebihan membeli rumah di perbandaran yang baru?
- Rumah Teres Vs pangsapuri?


11pg-12.30tgh Khairul Ezuwan
 

- ASB Genius
- Bijak Kewangan dan Hartanah

2ptg - 3.30ptg
Rohaniah Noor
 

- Pelatih blogger dan perundingan
- hartanah LINK


Mulakan langkah pelaburan hartanah anda dengan penuh keyakinan apabila ilmu hartanah penuh di dada.

PERCUMA untuk 50 Pendaftaran terawal secara online.

Mesti RSVP sebelum 30 April 2016!
Klik Disini - LINK


PERCUMA untuk

- 30 pendaftar terawal!
- Best Seller Ebooks in Malaysia
- Set Kombo ASB Genius & Hartanah,
- 7 Ebooks & 9 videos!