Tuesday, April 5, 2016

Kisah Kucing Berak Di Laman

Apa perasaan anda bila balik kerja penat2, tiba-tiba sampai rumah ada bauan semerbak yang tak berapa nak harum? Bila diperhati betul-betul rupa-rupanya ada najis kucing. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tu dan yang teruknya dalam masa seminggu, 2-3 kali aku kena bersihkan laman aku tu tadi.

Yelah sapa yang tahan bau busuk ni. Mood pun boleh down tau, bila bau najis kucing ni.

Dalam hati memang menyumpah 100 kali tuannya yang tak pandai nak jaga kucing. Bela pandai tapi lepas sana sini berak pergi rumah orang.

Yang peliknya kenapa kucing2 ni suka sangat datang rumah aku? Aku tak bagi makan pun. Ada sampai satu masa tu, aku dah nak beli ubat sakit jantung kucing, yang bila dia makan terus rebah, sakit dan mati bergelimpangan. Biar padan muka! Tapi aku masih normal. Takdelah zalim sangat nak buat kerja terkutuk macam ni.

Nak cakap dengan tuannya, dia pulak jenis yang suka cari gaduh. Malas aku nak layan. Ada sekali tu ada salah sorang jiran tanya ada jumpa kucing dia tak, siap buat poster kucing hilang. Dalam hati aku kata padan muka... biar mamp* kucing ko tu kena langgar lori.





Satu hari aku bermuhasabah sikit....



Buat sikit bacaan.... bukan nak percaya sangat tapi kucing ni pun hidupan jugak, nak makan, nak minum, nak tido dsb.





Ada satu artikel tu tulis, kucing ni InsyaAllah datang membawa rezeki kepada kita. Bagilah dia makan, sayangilah dia, nanti dia dah tak berak dah. Sebab aku terfikir kenapa banyak2 rumah-rumah sekeliling, kucing tu nak datang melepaskan hajat kat rumah aku? Secara logiknya mungkin cuma rumah aku sahaja yang pasang rumput sintetik/palsu. Orang lain tanam rumput original @ rumput Jepun atau Philippines. Mungkin ada hikmahnya.




Satu hari setelah aku penat2 drive from KL balik kerja, klimaksnya aku nampak 3 ketul besar najis berlainan warna, kering dan basah kat laman aku. Redha jelah. Mungkin tiga ekor kucing tu berpesta tahun baru kat laman aku tu. Dengan penuh redha, aku cuci je najis tu, tak perlu nak marah-marah. Tak guna pun. Benda dah lepas.



Mungkin dah rezeki aku hari tu...



MALAM tu aku dapat 2 call daripada bakal penyewa, sorang nak sewa rumah dan sorang lagi nak sewa kedai. Alhamdulillah 2 rezeki dalam satu masa...