Saturday, April 23, 2016

Pengalaman Baru Sebagai Tuan Rumah Sewa

Pembaca blog ini tahu rasanya yang segmen rumah sewa ini bukanlah bidang hartanah yang aku gemari. Nak bagi sublet pun tak berapa nak ideal sebab keadaan cash flow yang cukup-cukup makan. Agak letih juga sebenarnya kalau kita ada kerja hakiki yang membebankan, yelah nak fikir masalah di tempat kerja lagi, masalah keluarga dan sekarang ditambah pula dengan masalah rumah sewa.


Sehingga hari ini, aku ada X unit rumah sewa dan Y unit kedai low cost. Aku pun tak sedar macam mana aku boleh terjebak dalam situasi sebegini tapi mungkin antaranya adalah disebabkan ekonomi yang kurang memberangsangkan, dan rumah yang dibeli pun kalau dijual balik memang tak dapat fetch harga yang kita inginkan. End up exit strateginya memang kena sewakanlah sehingga satu masa kita dapat target price yg kita nak.

Nak jadi Tuan Rumah takdelah susah sangat. Tapi mengikut pengalaman aku yang masih hijau ini, kita memang kena cari ilmu, buat kira-kira ROI etc tapi yang lebih utamanya adalah seperti di bawah. Anda boleh terpengaruh juga dengan seseorang atau idola anda, tapi dengan fikiran yang waras, kenalah buatlah analisis sendiri juga.

1. MINAT

2. ANDA SENDIRI TU ORANG YANG MACAM  MANA.      

No 1 tu mudah, sama ada benda itu dah ada dalam diri sendiri disebabkan keadaan persekitaran dan ada ahli keluarga yang memang dah lama berkecimpung dalam bidang hartanah ini. Minat juga boleh dipupuk tapi anda memerlukan motivasi berterusan dan keberanian untuk terus kekal berjaya dalam bidang ini. Ia berkait rapat juga dengan objektif pelaburan hartanah anda itu sendiri.

Faktor yang kedua tu memang membuatkan ramai yang tak faham. Kita tak boleh buat andaian pukul rata yang semua orang itu pandai .... atau ada banyak rumah sewa tu kaya .... dan seterusnya anda boleh buat seminar atau .... kebebasan kewangan itu adalah apabila kita dah boleh berhenti kerja dan buat full time pelaburan hartanah ni. Kalau dibuat perumpamaan tu... dalam kelas tu mesti ada yang pantas, sederhana dan juga lembab.

Tak semua orang itu pandai bercakap. Aku sendiri memang jenis yang susah bukak mulut kecuali pada benda-benda yang penting atau pada sesuatu yang aku rasa berbaloi pada benda-benda yang nak aku cakapkan. Sebab tu aku memang kagum dengan sesiapa yang boleh bercakap non-stop selama beberapa jam.

Kalau anda jenis orang macam ni contohnya pendiam dan tak suka manage/deal dgn orang tu macam mana ye? Alhamdulillah, so far penyewa aku OK kecuali 1 unit rumah sewa dan 1 unit rumah kedai. Kedai ni memang aku tak boleh tolong sebab tak semua business itu menguntungkan, kita doakan jelah perniagaan dia suksess dan dia bisa membayar sewanya setiap bulan. Satu lagi penyewa yg bermuka2 mcm kaya tapi byr sewa asyik dok bertangguh.

Macam mana pula nak handle penyewa yang suka melengah-lengahkan bayaran, menggunakan kata-kata berlandaskan agama? ada penyewa call kata lampu rosak? kereta terlanggar tiang rumah? paip Air bocor? dan bermacam-macam lagi. Lemas tak? nak terima call-call yang macam ni? Apa reaksi anda?

Yang penting kita kena buang sifat negatif kita, kalau awal awal lagi dah berfikir secara negative, kita tak akan ke mana. Jangan lari daripada masalah. Memang orang kata, benda-benda ini remeh tapi inilah yang akan anda hadapi. Kita tak boleh lari sebenarnya.

Dalam kes aku, semua hartanah sewa aku adalah under-con, walaupun semua hartanah-hartanah ini jauh daripada rumah, buat masa ini aku masih boleh gunakan warranty rumah itu untuk call maintenance settlekan apa yang patut. Tapi kalau memang disebabkan oleh penyewa tu sendiri, bagilah duit kat orang Indon tu untuk buat kerja-kerja pembaikan.

Dalam masa yang singkat ini aku belajar benda-benda baru kat bawah ni yang aku rasa penting untuk kita sebagai Tuan Rumah atau bakal-bakal Tuan Rumah:

a)      Kadar Sewa

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kadar sewa memang sangat competitive. Surveylah kadar sewa rumah-rumah bersebelahan atau apt berdekatan dan buatkan perbandingan. Tapi dalam keadaan cuaca yang panas menggila ni banyak call yang aku dapat tanya “ADA AIRCON TAK?” Dah macam soalan cliché pulak.

b)      Pemilihan Bakal Penyewa

Kalau boleh kita nak tahu juga keadaan kewangan bakal penyewa sebab dia yang akan bayar sewa tiap-tiap bulan nanti. Kalau tanya slip gaji, overlah pulak. Cukuplah sekadar tanya kerja mana dan status penyewa itu sendiri. Macam baru kahwin ke, anak berapa, bujang duduk brp org?

c)       Medium Pengiklanan

Ikut keselesaan sendiri sama ada nak engage REN atau tak. Kalau boleh handle sendiri, buatlah sendiri. Tenancy Agreement pun banyak kat internet, google je.

d)      Rumah Anda berbeza dengan orang lain?

Faktor ni aku setuju sangat. Ikut budget sendiri, contohnya Kitchen Kabinet dan Wardrobe, tak semestinya yang mahal itu bagus. Kalau rumah kita hebat dan berbeza daripada rumah sekeliling, mudahlah kita dapat penyewa nanti.

e)      Tanggungjawab sebagai Tuan Rumah

Aku dah tulis kat atas – adakah anda sanggup menerima panggilan remeh temeh daripada penyewa? Atau pun anda sanggup buat panggilan/sms kepada penyewa mintak sewa sebab penyewa culas? Nak buat repair macam mana? Ini pengalaman baru untuk aku sebenarnya. Letih memang letih, tapi kalau dah minat, kita akan happy juga buat kerja yang kita minat ni.