Monday, June 13, 2016

Pengurusan Bil Bil Rumah Sewa

Sejak bertukar poftfolio daripada MENJUAL kepada MENYEWAKAN ni, kerja-kerja admin pun semakin bertambah. Pening juga pada mula-mulanya nak track semua bil-bil utiliti ni. Nak upah kerani rasanya belum mampu lagi, cash flow pun masih pada paras leher sahaja. Kena check juga sebenarnya bil-bil ni terutamanya untuk kedai sebab ratenya tinggi dan kegunaannya memang banyak. Ada juga rumah sewa aku yang dikira mengikut kepala lump sum yang mana bil-bilnya aku yang bayarkan.

Jangan pulak nanti terkejut, tetiba bil utiliti nanti mencecah ribuan ringgit. Buatlah satu spreadsheet untuk track bil-bil yang penting seperti kat bawah ni. Aku terpanggil nak track bil-bil bila satu TNB call kata kata nak potong elektrik sbb dah tak bayar 3, kan naya tu.

Bil Elektrik – TNB aku kirakan sebagai yang paling efisyen. Bolehlah terus register online kat sini TENAGA E SERVICESTak sampai 5 minit pendaftaran, terus keluar details semua mengenai outstanding bil rumah-rumah kita, tarikh bila penyewa bayar, deposit dan nak bayar terus guna maybank2u pun boleh. Aku track sebulan sekali. Bila check bulan ni ada sorang penyewa yang tak bayar bil elektrik dekat RM200, jadinya kenalah start hantar “REMINDER”. Jangan sampai nasi menjadi bubur, bilamana bil2 tu mencecah ribuan ringgit nak menyesal pun tak berguna.

Bil Air – Kalau Residential usage terutamanya Selangor biasanya bilnya takdelah banyak sangat. Boleh pejam mata je. Jangan terkejut pula kalau untuk kegunaan kedai, bilnya boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Dari segi pendaftaran online memang sangatlah effisyen (better than TNB) sebab lepas register kat SYABAS ESERVICES, masuk IC dan semua details bil termasuk yang dah tutup pun dipaparkan online. Cuma saya ada juga rumah sewa di luar Lembah Kelang, so kenalah login webpage lain pula untuk check bil-bil air yang outstanding ni. Lecehlah bila ada rumah kat 3 negeri, 3 website kita kena masuk.

Satu lagi yang mudahnya kita boleh terus print utk setahun bil-bil ni for tax purpose (dalam kes kita, tuan rumah yang bayar bil api air) 

Bil Penyelenggaraan/ Maintenance – Dalam  kesemua harta aku, aku yg “volunteer” bayar maintenance fees. Biasanya aku settlekan untuk lump-sum setahun sebab malas nak fikirkan bayar bulan-bulan ni. Kos minyak, tol semua perlu diambil kira, lagipun lokasinya semua nun jauh (~1 jam drive) daripada rumah. Ada yang boleh bayar menggunakan perbankkan online tapi mostly aku kena bayar kat maintenance office dia. Dahlah hari sabtu tak buka.. Macamana tu?  

Bil Indah Water – Yang ini aku memang gagal nak track bilnya, dah banyak kali cuba… dahlah bil dtg 3 bulan sekali lepas tu system online dia memang menyusahkan/ tidak user friendly. Indah Water memang perlulah sangat belajar daripada system TNB atau Syabas.

Bil Cukai Pejabat Tanah – Aku selalu keliru dengan cukai taksiran, cukai pintu dan sebagainya. Sebab tu aku panggil ikut kat mana aku bayar. Aku selalu bayar online M2U untuk setahun, memang takde masalah. So far aku cuma register system e-hasil Pejabat Tanah Johor Baru utk track bil cukai tanah ni. Yang negeri Melaka dan Shah Alam tu aku masih tidak berkesempatan lagi nak explore systemnya.

Bil Cukai Majlis Bandaran – Baru-baru ni ada isu kat dengan system kat JB, mmg pening bila dia kata system lama tak update lagi system baru, mintak mahaplah, aku pun tak faham apa yang ko terangkan. Yang ni selalu aku selalu bayar setahun guna M2U. Tak sempat lagi nak explore system online untuk track pembayaran Cukai Majlis Bandaran ni. Lagipun cukai ni kita yang bayar, jadinya tak perlulah nak track sgt.

Insurans Kebakaran – Biasanya aku kena track untuk hartanah landed. Sebab kita bayar setahun sekali dan selalu kita lupa yg insurans ni kita kena bayar bersama-sama dengan installment bank setahun sekali. Kalau lambat bayar nanti, agak2 keluar tak dalam CCRIS as late payment?