Saturday, July 16, 2016

Vesta View Bangi

Semasa berjalan-jalan mencari tempat makan favourite "CIBIUK", ternampak macam ada satu Sales Gallery baru. Sebelum ni memang tak perasan Sales Gallery ni, rasanya baru siap kot. Biasalah orang addicted ni bahaya, ada showhouse je nak masuk. Beli atau tak beli itu belakang kira, yang penting menyinggah dulu.

Projek baru Transloyal ni letaknya berdekatan dengan KUIS tspi mcm ke dalam sikit, katanya dah ada 500++ orang register, berminat nak beli. Aku dengar sahajalah SA nya bagi penerangan tentang projek ini. Showhouse pun dah siap. Pelancaran jualan dijangkakan pada bulan Sep/Oct nanti.

Vesta View ni semuanya ada 5 blok. 2 blok (Vesta 1 & 2) untuk public and 2 blok (Vesta 3 & Vesta 4) untuk Rumah Selangorku & Low Cost - Vesta 5). Tanahnya berstatus leasehold. Kalau ada sebarang pindaan kena call-lah developer tu sendiri. 

Kita tengok detailnya dulu, kiranya yang boleh dijual untuk PUBLIC sahajalah sebab yang lain-lain tu rasanya ramai yang tak layak.

Vesta 1 and Vesta 2

1. Keluasan 1044 sqft
2. Harga katanya ~250k
3. 21 & 17 Floors (7 & 8 unit setiap tingkat). Total unit - 554.
4. 4 tingkat Car Park
5. Ada 3 lif 
6. Kos penyelenggaraan ~0.18/sf + 10% sinking fund.
7. Free Display n Kitchen Cabinet