Sunday, August 28, 2016

Kisah Men-Sailang Agen Hartanah

Ini sebenarnya bukan kisah saya. Bukan apa pun, takut kena tembak kaw-kaw pulak nanti oleh NETIZEN. Dan saya juga sudah meminta kebenaran daripada tuan punya badan untuk keluarkan cerita ini. Adalah tukar sikit-sikit 5% jalan ceritanya supaya nanti nampak macam tidak memburukkan sesiapa.

Bukan saya sahaja, bahkan kawan-kawan sekitaran saya pun, biasanya agen akan contact hanya kalau ada serius buyer sahaja. Takde agreement hitam putih so far yang mengatakan seller akan engage agen secara ekslusif. Mungkin kat Malaysia ni kita belum sampai ke tahap mcm kat luar negara yang everything kena ada hitam putih. Dalam kes saya, semuanya atas budi bicara dan timbang rasa terhadap agen itu sendiri.

Kita bukannya kejam sangat, biasanya kita akan bagi tempoh. Contohnya kalau 2 minggu, Sebulan atau kalau Hot sangat barang sehari pun, tak dapat close deal, kita buka balik kepada agen lain/ atau jual sendiri. Sama-sama cari makan. Bukannya jadi macam kes Agen bagi potential listing and at the same time, kita pun deal dgn agen lain atau try jual sendiri.

Kisahnya begini, selalunya agent akan call kita dan satu soalan yang biasa ditanyakan, berapa komisyen agen. Ikut harga rumah jugak, agen biasanya bagi rate 2%, 2.5% dan 3%. So far tak pernah lagi dengar rate 4% keatas. Kalau harga rumah kita 900k dan komisyen 2% + gst. Dalam 18k++ lah macam tu.

Kisah kawan saya ni - satu hari yang dijanjikan ada seller, buyer and agen. Mungkin agen ni baru, kenapa ko nak ketemukan mereka dalam satu hari. Patutnya dapatkan signature mereka besaingan. Hmm macam ni biar saya sahaja yang jadi agen!

Deal tak diteruskan sebab buyer minta nego! Ingatkan kisahnya berakhir di sini.

Sebulan lepas tu, buyer yang sama contact kawan ni senyap-senyap mintak nego tolak portion komisyen tadi.




and the REST was a history...