Tuesday, August 9, 2016

Membeli Hartanah Lagi Pada 2016 - Part 1

Kalau ada yang terbaca posting sebelum ini di SINI. Target saya untuk 2016 ini hanyalah membeli satu kedai mampu milik dan sebuah kondo di Kuala Lumpur.


1. Rumah Kedai telah berjaya saya beli dan telah disewakan.

- Harga kedai ini 210k (inclusive GST) dan sekarang disewakan kepada lawyer's firm dengan kadar sewa RM1100 sebulan untuk tempoh selama 3 tahun.

- Saya pun tak tahu, saya pembeli yang ke berapa? sebab dengarnya dah 4-5 orang masuk loan nak beli tapi tak lepas. Mungkin memang dah rezeki saya,

- ROI hanyalah 6.2%. Walaupun tak mencapai sasaran 7%, tapi takpelah kita try lagi untuk next term sewa selepas 3 tahun.

- Depositnya kurang sikit sebab saya berjaya mendapatkan loan dengan margin 85%.

- Modal awal untuk kedai ini agak mahal sikit sebab saya terpaksa memasang grill gunting (RM5k) kat depan kedai atas permintaan penyewa.

2. Kondo di tengah-tengah Kuala Lumpur (Range 5-6km ke KLCC)

- Saya dah booked satu Kondo dan sekarang tengah dalam proses mencari loan. Doa-doakanlah saya berjaya.

- Kondo telah hamper siap. Rasanya early next year boleh dapat kunci.  

- Macam nak menangis, budget saya terpaksa up sikit, lebih drp 700k sebab memang takde projek baru < 700km yang dekat area KLCC.

- Freehold dan facing KLCC. tak tahulah nanti kalau ada projek lain yang akan blok view KLCC ni.

- Rebate sebanyak 30%, jadi saya tak perlu keluarkan duit untuk deposit langsung. Ini yang dinamakan beli rumah tanpa MODAL. Duit booking 10k pun akan dipulangkan setelah disbursement pertama.

- Nak cerita lebih lanjut pun tak boleh sebab loan tak lepas lagi. Kita tunggu dan lihat...