Tuesday, August 16, 2016

Membeli Hartanah Lagi Pada 2016 - Part 2

Alhamdulillah loan saya lulus selepas 3 hari apply dengan expected margin 70% (tolak rebate). Saya dah agak, memang mudah untuk lepas setelah mengira % DSR semasa. Ratenya BR+ 0%, mungkin yang terbaik saya pernah dapat sejak menggunakan formula BR ni.

Kenapa mudah lulus pada tahun 2016 ini? Kalau ada sesiapa nak tahu atau nak mintak guidance sikit-sikit, boleh e-mail saya personally. Free sahaja tiada charge! kemudian terpulang nak ikut cara saya atau tidak. Biasanya sebelum hantar application, saya dah boleh agak loan saya nanti boleh lulus dalam masa 2 hari, 5 hari, 2 minggu atau mungkin juga peluang yang sangat tipis kelulusannya.

Tahun 2016 ini saya katakan tahun paling mudah untuk dapatkan loan. Paling mudah untuk mereka-mereka yang punyai kuota kosong dan CCRIS yang bagus.

Antara penyebabnya adalah trend pembelian hartanah yang pada ketika ini memang merundum. Ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Tak ramai yang nak beli rumah mcm tahun 2011-2012 terutamanya segmen kondo > 700k.

Bila dah tak ramai yang nak beli rumah ni, BANK yang akan terkejar-kejarkan KITA. Kalau rekod CCRIS kita bagus, DSR boleh pergi, memang 200% takde masalah.