Monday, December 19, 2016

Kisah Refinance - Pencarian Bank

Dalam Kisah Refinance ini, perkara pertama yang saya buat adalah mencari bank yang sesuai. Fikir punya fikir, timbang tara, akhirnya decide guna bank yang sama dengan loan bank sebelum ini.

Offer bank ini sebenarnya tak berapa bagus:

a) Interest rate bank lain lagi competitive.
b) Cuma boleh bagi loan up to 80% market value.
c) Tiada Zero Moving Cost so saya kena masukkan kos Legal Fees/ Valuation semua dalam loan.
d) Akan appear double dlm CCRIS. Satu loan lama dan satu lagi cash-out. Kena explain pulak kat bank in the future yang loan tu refer rumah yang sama. Kalau tak kena LTV70% untuk rumah kedua.

Pemilihan bank lebih kepada saya ada record yang baik dengan bank ini so harap-harapnya senang nak lulus. Lagipun guna bank yang sama prosesnya lebih mudah dan dokumen yang kita kena sediakan simple je.

Kisah Refinance Rumah Untuk Bayar Yuran Anak

Dilema golongan pertengahan pada masa kini adalah mereka-mereka ini hidup senang dalam liga/ lingkungan mereka sendiri tapi masih tidak terlalu mewah atau mampu untuk menghantar anak ke tempat pengajian yang terbaik. Biasiswa pula sekarang nak dapat mmg sangatlah competitive, keutamaan lebih kepada sekolah luar bandar dan juga pendapatan keluarga yang rendah. Majoritinya memang kena keluar duit sendiri atau PTPTN lah optionnya.

Saya ada baca blog-blog lain dan juga ramai orang cakap lahir sahaja satu anak, kita kena beli satu rumah. Saya cuba nak praktikkan teori ini tetapi memandangkan pasaran hartanah sekarang yang tak berapa memberangsangkan, saya terpaksa buat refinance. Nak jual pun harga tak berapa bagus.

Sesuatu yang baru untuk saya sebab memang tak pernah buat sebelum ini. Ada buat pembacaan di internet tapi semuanya banyak berkisar kisah lama, tahun dulu-dulu ataupun lebih kepada teori.

Nah.... orang kata kalau mengantuk jangan disorongkan bantal. Saya buat satu call dan lepas 3 hari banker kata dah lulus dan dapat cash out 400k++... gulp telan air liur dulu.