Monday, December 19, 2016

Kisah Refinance Rumah Untuk Bayar Yuran Anak

Dilema golongan pertengahan pada masa kini adalah mereka-mereka ini hidup senang dalam liga/ lingkungan mereka sendiri tapi masih tidak terlalu mewah atau mampu untuk menghantar anak ke tempat pengajian yang terbaik. Biasiswa pula sekarang nak dapat mmg sangatlah competitive, keutamaan lebih kepada sekolah luar bandar dan juga pendapatan keluarga yang rendah. Majoritinya memang kena keluar duit sendiri atau PTPTN lah optionnya.

Saya ada baca blog-blog lain dan juga ramai orang cakap lahir sahaja satu anak, kita kena beli satu rumah. Saya cuba nak praktikkan teori ini tetapi memandangkan pasaran hartanah sekarang yang tak berapa memberangsangkan, saya terpaksa buat refinance. Nak jual pun harga tak berapa bagus.

Sesuatu yang baru untuk saya sebab memang tak pernah buat sebelum ini. Ada buat pembacaan di internet tapi semuanya banyak berkisar kisah lama, tahun dulu-dulu ataupun lebih kepada teori.

Nah.... orang kata kalau mengantuk jangan disorongkan bantal. Saya buat satu call dan lepas 3 hari banker kata dah lulus dan dapat cash out 400k++... gulp telan air liur dulu.